Lompat ke konten

Tips Bagaimana Memilih Catering Perkawinan

Salah satu daripada aspek yang penting dalam sesebuah majlis perkawinan ialah urusan menempah katering. Ye la kan, orang datang kenduri kahwin pun agenda paling utamanya ialah tak lain dan tak bukan untuk makan nasi minyak. Betul tak?

Kami di Alkayyisa Wedding Organizer akan berkongsi dengan anda apakah antara tips-tips yang patut anda ikut untuk memilih dan ketika berurusan dengan pihak katering perkawinan yang akan menyediakan makanan untuk majlis pernikahan anda.

Makanan memang amat penting kerana ia memberi ‘overall impression’ bagi majlis perkawinan anda. Kalau makanan anda sedap, memang ia sudah cukup memberi gambaran yang baik oleh tetamu jemputan majlis perkahwinan anda.

Berikut adalah tips-tips tersebut:

TIPS 1:
QUOTATION

Dapatkan quotation atau sebut harga yang se-detail yang mungkin. Nyatakan segala apa yang anda inginkan dengan sejelas-jelasnya. Lauk-pauk, pencuci mulut, nasi minyak atau nasi putih, khemah, meja makan pengantin, meja VIP dan sebagainya yang berkaitan dengan hal-hal makanan. Gunakan maklumat-maklumat yang sama ini untuk anda dapatkan quotation daripada katerer-katerer yang lain jadi anda boleh membezakan caterer manakah yang memberi perkhidmatan yang terbaik pada harga yang terbaik (mampu).

TIPS 2:
PILIHAN KATERER

Pastikan sekurang-kurangnya anda cuba dapatkan 3 sumber katering yang berlainan untuk bandingkan harga yang paling berbaloi dan dalam masa yang sama menyediakan makanan yang terbaik. Gunakan maklumat yang sama tadi (dalam Tips 1) untuk anda minta sebut harga daripada 3 penyedia ketering yang berbeza. Bandingkan dan pilih caterer yang terbaik.

TIPS 3:
JUMPA SENDIRI

Adalah lebih baik urusan bersama katering ini anda sendiri dan pasangan atau bersama keluarga anda yang pergi bertemu secara bersemuka dengan pihak katering. Ingat seperti yang saya katakan tadi, makanan merupakan aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah majlis perkawinan. Anda hanya ada sekali ini sahaja untuk memberi impression yang terbaik kepada tetamu anda. Kalau makanan anda sedap, sudah cukup untuk memberi impression yang baik dan boleh membuatkan tetamu anda berpuas-hati dan happy di majlis perkahwinan anda. Jangan hanya berhubung dengan katerer melalui telefon atau SMS sahaja. Ini dapat mengelakkan sebarang bentuk penipuan. Pastikan syarikat katerer itu  berdaftar dan boleh dipercayai. Jangan sampai tarikh majlis, caterer tak sampai-sampai…menangis tak berlagu nanti.

TIPS 4
CAS TERSEMBUNYI

Tanya dan buat confirmation dengan katerer pilihan anda adakah ada cas-cas lain yang ‘tersembunyi’ ketika menetapkan sebut harga. Mana tahu nanti anda kene bayar lebih daripada yang anda minta. Yang penting mengikut bajet yang kita telah tetapkan.

TIPS 5:
CARA BAYARAN

Penting bagi anda mengetahui cara bayarannya. Jangan membuat bayaran habis kerana sebagai langkah keselamatan. Kebiasaannya caterer akan mengambil bayaran sebanyak 30%, 50% atau 70% tidak lebih dari itu. Selebihnya akan dibayar selepas majlis.

TIPS 6:
FOOD TESTING

Ingat jangan lupa untuk mencuba rasa masakan yang anda pilih bagi mengetahui makanan yang menjadi pilihan anda sedap atau tidak. Jangan merasa makanan di premis atau kedai katerer, sebaiknya rasalah makanan di majlis perkahwinan yang disediakan oleh katering. Ini lebih selamat.

Itulah dia beberapa tips yang sempat kami di Berkah Catering Services kongsikan bersama anda tentang bagaimana yang anda boleh berurusan dengan katering perkawinan bagi mendapatkan paket makanan paling murah dan dalam masa yang sama kualitinya memuaskan anda.

Berkah Catering

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *